majLis pEraSmiaN keLab sUrau (ukHuwah c0mmuNity)

ASSALAMUALAIKUM......

Alhamdulillah, pada 17 Julai yang lepas, Majlis Perasmian Kelab Surau (Ukhuwah Community) dan Hari Interaksi Rakan Surau telah selamat dijalankan. Majlis ini bermula lebih kurang pada pukul 8.30 mlm dan telah dirasmikan oleh Penasihat II UC iaitu En Md Zain B Mohd Yusof. Antara tetamu yang turut hadir adalah Ustaz Faiz, wakil dari ISIUKM dan alumni-alumni UC.



Setelah majlis perasmian, ahi-ahli rakan surau telah dihiburkan dengan tayangan video mengenai UC dan program-program yang pernah dijalankan.

Jajarkan ke KiriSetelah selesai tayangan video, slot untuk wakil dari ISIUKM iaitu Ustaz Faiz telah menyampaikan sedikit taklimat dan ucapan alu-aluan kepada ahli-ahli rakan surau.

Dengan berakhirnya ucapan dari Ustaz Faiz, majlis perasmian uc telah berakhir. Seterusnya, interaksi bersama ahli-ahli rakan surau telah dijalankan secara santai dimulakan dengan sesi pengenalan ajk uc dan nyanyian lagu tema UC - sebuah pertemuan.


Setelah lagu tema selesai dinyanyikan, sesi pengenalan dan interaksi antara saff pimpinan, alumni dan ahli rakan surau telah dijalankan. Ahli rakan surau telah dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan kecil dan dikendalikan oleh saff pimpinan UC bersama alumni.



Program ini berakhir lebih kurang pukul 10 malam. Sedikit jamuan telah disediakan dan sesi bergambar bersama ahli rakan surau telah diadakan. Semoga dengan tertubuhnya kelab Ukhuwah Community ini akan mengeratkan tali persaudaraan antara mahasiswa/i FEP.
Salam tautan ukhwah dan salam perjuangan... :antok:


0 ulasan:

Post a Comment